Backgrounds
Tuesday, 25 October 2011
CUTI SEMESTER..............
Kali pertama cuti semester rasa berat hati pula sebab banyak kawan di UPSI ( housemate, roomate, classmate dan kwn di biro kebajikan dan perkhidmatan).Tapi nasib baik saya masih ada di ipoh serta family..... Semua barang eletronik(handphone & laptop) saya rosak masa nak cuti semester ini apa saya nak masa cuti ini??? Sebulan di IPOH.... saya nak wat apa ye??? first ingat nak cari kerja tapi tak ada orang nak ambik saya sebagai pekerja sebab berkerja sebulan je...ingat tak nak beritau orang bahawa saya kerja sebulan tapi mak saya kata tak baik tipu.Oleh itu, cuti ini saya tak kerja berat badan semakin gemuk pulak geramnya.......... dah la poke money semakin kurang bertambah hanya berat badan je geram.. ingat nak ajak geng saya kuar jalan-jalan nampaknya tak jadi.... nampaknya betul-betul malang saya pada masa cuti semester ini... apa saya buat pada masa cuti ini semuanya tak jadi..... tak nak la wat apa-apa lagi.................. nak kumpul duit untuk beli baju raya la...
Monday, 3 October 2011
![]() |
BFF |
![]() |
Miss D |
Di RPS, saya ada 5 orang kawan baik. Semuanya sikap special. Contohnya, Miss D suka cakap, merepek dan cari gaduh mulut. Kawan ini sikapnya agak sama dengan saya(yang suka cakap dan cari gaduh mulut). Oleh itu, saya dengan dia agak serasi. Selain itu, kawan saya Miss A suka sms dan sembang pasal cinta. Kawan ini, merupakan kawan pertama yang mengajar saya sms masa saya form 2. Sekarang saya ini saya terkenal dengan nama kuat SMS di rumah. Walaupun rumah antara Miss A dengan saya agak jauh tetapi dia datang juga di rumah saya setiap tahun. Saya sangat gembira dapat kawan ini sebab dia tak akan sembunyi benda dalam hati. Jika dia ada masalah dia terus terang beritahu saya tanpa sembunyi-sembunyi. Tambahan pula, kawan saya Miss S, dia merupakan seorang yang pendiam. Saya kenal dia pun sebab saya tegur dia. Walaupun dia pendiam tetapi berani dan rajin bertanya. Olen itu, saya bersyukur dapat kenal dengan dia sebab dia akan meneman saya untuk bertanya kepada cikgu apabila saya tidak tahu. Jika saya tidak kenal dia, mesti saya masih bebel lagi. Kawan keempat saya ialah Miss F. Miss F merupakan seorang ulat buku dan pemalu. Saya kenal Miss F melalui Miss S. Walaupun Miss F seorang pendiam tetapi dia seorang yang memahami. Oleh itu, saya boleh meluahkan isi hati pada kawan ini jika saya ada masalah. Kawan kelima saya ialah Miss Z. Miss Z, saya kenal masa saya form 3. Miss Z juga suka cari pasal dengan saya seperti gaduh mulut. Gaduh mulut sudah menjadi hiburan saya dah. Walaupun sekarang kami bukan di tempat yang sama tetapi kami tetap kawan baik, rapat dan erat selama-lamanya. Saya harap semua kawan baik saya akan mencapai apa yang diingini. Saya memang sangat ingin nak tahu apa yang jadi pada kami selepas setahun akan datang. Adakah kami semua akan mencapai cita-cita masing-masing????
Subscribe to:
Posts (Atom)